Login Form



Who's Online

We have 28 guests online

Polls

Pendapat Anda Tentang New Look Portal JiwangFM?
 

Visitors

125265
TodayToday72
YesterdayYesterday283
This weekThis week811
This monthThis month2014
AllAll125265
JiwangFM .: Muzik Bukan Semata J|wang :.
JiwangFM Stereo Portal PDF Print E-mail
Written by Jwg Karat   
Saturday, 07 July 2007 17:54

JiwangFM Stereo Portal adalah merupakan salah satu cabang kepada jaringan JWGnetwork™ di mana ideanya bermula sekitar tahun 2005/2006. Pada permulaannya, siaran radio kami hanya berjalan dalam format Mono dan secara sambilan bagi menambahkan slot rangkaian JWGnetwork™. Dengan bermottokan "Muzik Bukan Semata Jiwang" dan dibantu oleh beberapa Deejay dan Staff secara sukarela dan sambilan, kami berjaya bersiaran 24 jam sehari tanpa henti bagi menghiburkan dan memenuhi citarasa pendengar² di kalangan pengguna rangkaian kami.

 

     Walaupun secara sukarela, kami berusaha secara gigih dan sepenuh daya untuk memenuhi kehendak pendengar kami. Selain dari memutarkan lagu² terhangat dan terkini, kami juga melayan pendengar dengan memutarkan lagu-lagu pilihan mereka yang diminta di laman web kami, di mIRC (JiwangIRC #JiwangFM) dan juga dari alat² perhubungan internet seperti Yahoo Messenger, Skype dan pelbagai aplikasi lain. Dengan cara yang demikian, ianya dapat memudahkan Deejay bertugas kami untuk berinteraksi dengan pendengar² siaran kami yang di hormati pada bila² masa. Selain itu ianya juga memudahkan pihak kami untuk memanjangkan siaran kepada rakan² dan kenalan dalam usaha untuk meramaikan lagi pendengar hingga ke seluruh dunia melalui jaringan internet.

     Di samping itu juga, kami tetap berbangga kerana taraf penyiaran kami boleh dikatakan antara yang terunggul kerana sentiasa mencapai tahap maksimum pendengar hampir setiap hari. Bantuan dari para pendengar yang tidak putus² menyokong kami dengan memperkenalkan siaran radio kami kepada rakan² mereka di seluruh tempat telah secara tidak langsung menaikkan lagi rating pendengar kami hampir setiap hari. Ini secara tidak langsung telah mencanakkan lagi jumlah pendengar kami dan sekaligus telah menaikkan semangat kami untuk terus berusaha dalam memajukan radio internet JiwangFM ini. Komen dan cadangan yang baik dari pendengar akan kami terima dengan hati terbuka dan segala pandangan juga akan kami pertimbangkan untuk meningkatkan lagi taraf dan mutu penyiaran kami.

     Sekitar tahun 2007, JiwangFM telah meningkatkan taraf penyiaran kepada format "Stereo" di mana ia adalah lebih berkualiti untuk di perdengarkan kepada peminat. Dengan format ini, kami telah menerima banyak sokongan dari pendengar dengan maklumbalas yang positif kerana pendengar kami dapat mendengar siaran kami dengan lebih jelas dan tanpa gangguan. Selain itu, sekalung perhargaan kepada pendengar setia kami juga secara sukarela telah mempromosikan siaran radio kami kepada rakan²
mereka hingga siaran kami telah di dengari hingga ke serata dunia. Secara tak langsung, kami menjadi peneman setia kebanyakan mereka yang sedang bekerja tanpa mengira waktu. Permintaan lagu dan dedikasi dari pendengar juga semakin bertambah setiap hari walaupun di waktu tengah malam atau awal pagi. Ini merupakan satu kebanggaan kepada kami, walaupun secara sukarela permintaan dari pendengar yang semakin bertambah menyebabkan kami berasa sangat bangga dengan pencapaian kami sekarang. Walaupun begitu kami tidak pernah puas dengan apa yang kami miliki kini dan akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk semua. Dan kami akan terus meningkatkan lagi mutu kualiti penyiaran dari masa ke semasa tanpa memandang ke belakang. Itu janji kami kepada semua pendengar kami yang setia bersama kami di JiwangFM... 'Muzik Bukan Semata Jiwang'....

 

Last Updated on Sunday, 23 August 2009 09:47